Jom Diet Sihat

Rabu, 1 Mei 2013

Laman Makcik

Minggu lepas berkesempatan pulang ke kampung atas suatu urusan. Bila terkenangkan laman rumah kampung yang luas terbentang tanahnya,  eiii cemburunya.. Malangnya kadangkala ada sahaja halangan untuk bertani ni. Makcik ada ruang dan termasuk dalam golongan bertangan sejuk... kekangannya adalah masa. Demi menguruskan anak bersekolah dan suami yang diserang angin ahmar, dia tak berupaya nak mengerjakan tanah yang luas tu.

Namun masa luang yang ada tetap diguna untuk tanam beberapa beg hitam pokok cili jenis putih, terung, pegaga dan sepokok mahkota dewa. Dalam besen semaian masih ada cambahan petola dan timun. Paling geram tengok pokok pegaga kampung yang subur menghijau. Sebenarnya tempat tanam pegaga tu adalah tempat lubang keluar air mandi bilik air.. maklum sajalah kelembapan dan baja semulajadinya...

Apapun jom la layan gambar kebun mini makcik saya.

Isnin, 29 April 2013

Bendi Hujung Nyawa

Pokok bendi dalam bekas gabus hidup dengan suburnya. Malangnya proses pembesarannya tak dapat dikongsi kerana gadjet yang digunakan untuk merakamkan dan menerbitkan tulisan masuk icu hampir 2 minggu. Hehehe. .. Benih bendi ini dibeli di pasaraya. Buah awalnya besar giler tapi tetap lembut. Bila dah sampai hujung nyawa ni biasalah... buah makin mengecil.

Selalunya saya tuai bendi 3 hari sekali. Sekali tuai dapatlah 3 atau 4 biji. Celur buat ulam sedap, masuk dalam kari pun sedap. Tapi awas...Sehari terlewat petik je bendi boleh terus jadi tua.

Apa apapun..puas hatilah sangat dengan bendi ni.

Tuaian Hari Ini

Laman rumah kami ditinggalkan selama 4 hari kerana tuan laman balik kampung di Kelantan. Balik rumah gembiranya tengok banyak pokok di laman mengeluarkan hasil. Petang tadi terus saya kutip. Terung bulat dua biji..bendi banyak dah tua..kutip la jugak.. cayenne chilli benih dari kebunbahagiabersama.. peria sebiji.. dan paling seronok dapat bunga kunyit.

Alhamdulillah.

Rabu, 27 Mac 2013

Pokok Pandan Jauh Ke Belakang

Tak ada apa yang istimewa pun tentang pokok pandan ni. Cuma bila tanam dalam pasu macam ni nampak cantik la pulak. Lepas tu bila dah cantik sayang la pulak nak petik daun dia. Hehehe..

Nampaknya nak kena tanam lagi satu pasu. Khas untuk dipetik. Yang cantik untuk display only. Boleh tak mcm tu.


Ahad, 24 Mac 2013

Belalang Oh Belalang

Selalunya kalau jumpa belalang cuma dua atau seekor sahaja. Tapi kali ni berpuluh ekor belalang kecil sedapnya menyantap daun bendi. Agaknya baru menetas ke tak tau la. Geram betul. Sempat juga ditangkap dua belas ekor. Yang sempat dirakamkan gambarnya yang ini je la. Lepas habis sesi photoshoot..dia pun arwah.. Sorry ye. Nothing personal.



Khamis, 21 Mac 2013

Keladi Mini

Saya tak tau nama khas keladi ni. Panggil je keladi mini. Sebab kecik je daunnya. Asalnya diberi jiran depan rumah. Masa tu ada faun dua helai dan ubi sebesar kelingking Shafirul.
Rupanya nak kena tempat separa panas. Tegok la daunnya berlumba naik. Cantik juga dibuat hiasan meja. Tapi bila letak dalam rumah...dia macam nak mati sebab tak cukup cahaya. Jadi pindah balik ke luar. Nanti kalau raya esok..pindah masuk dalam rumah oulak kejap.


Rabu, 20 Mac 2013

Peria Katak

Senangnya dalam hati..
Peria dah berbunga..
Seperti dunia...
Ana yang punya..

Pokok peria sebenarnya cantik juga dibuat tanaman hiasan. Sebab daun..bunga dan buah semuanya menarik.
Tengok la dia memanjat tingkap.