Saya terjumpa dengan miracle tonic ini di Floria 2012. Menurut penjualnya..tonic ini sesuai digunakan untuk semua jenis pokok. Jadi sempatlah beli dua botol. Harganya pun agak murah RM15 untuk dua botol. Bila balik rumah terus cuba. Bancuhkan satu penutup tonic dengan 2 liter air. Spray semua pokok. Seminggu sekali je.
Selepas dua minggu... perubahan ketara nampak kat pokok orkid. Semua pasu orkid mengeluarkan putik bunga. Serentak. Bunganya keluar bersambung tak berhenti sampai la hari ni. Ramai yang menegur.
Oh..jangan ingat saya promote pulak. Saya cuma kongsi je. Sebab ramai juga pengunjung blog yang bertanya rahsia orkid berbunga rancak.. Saya tak dapat apa pun. Tonic ni pula saya tak pernah jumpa di kedai. Saya sendiri beli di floria dan maha. Kalau sesiapa berminat bolehla zoomkan mata tgk no telefon kat belakang tu.
Tapi ada juga tak bagusnya tonic ni. Apa yang saya perhatikan pokok orkid menjadi kurang subur. Mungkin terlalu banyak nutrien dan tenaga digunakan untuk berbunga. Penyelesaiannya beli la baja untuk pertumbuhan orkid pula..