Sudah hampir tiga tahun pokok harum sundal malam ni menghuni laman kami. tapi bunga tak keluar. menurut pengalaman rakan blogger.. pokok ini membiak secara utama melalui bebawang. Bila sudah tiada ruang untuk bebawang baru.. barulah pembiakan cara kedua akan berfungsi... iaitu melalui pembungaan.
dengan kata pendeknya... selagi pasu tak penuh dgn bawang bunga tak akan keluar. memandangkan pasu yg saya gunakan sblm ini agak besar.. saya buat keputusan untuk mengalihnya ke dalam pasu yg lebih kecil.. err..boleh ke mcm tu? hehe...
terkejut jgk tgk bawangnya yg dah beranak pinak.. besar pulak tu. ingat dulu sebesar jari kelinking je. lima bawang je pun. tapi tengoklah mcm mana dia membiak.. fuhh...
harap dah tukar pasu ni cepatlah sikit dua berbunga ya.